Setiap syarikat teknologi kini mengatakan produktiviti boleh ditingkatkan dengan bantuan kecerdasan buatan (AI) sedangkan kajian yang telah dilakukan setakat mengatakan sebaliknya. Bukan rahsia syarikat kini cuba sedaya upaya menggantikan pekerja manusia dengan ejen AI yang dikatakan lebih murah dan bekerja sepanjang masa seperti hamba sahaya. Yang belum didengar ialah AI yang menggantikan tugas CEO syarikat.

Menurut laporan Wall Street Journal, Mark Zuckerberg sedang membangunkan ejen AI bagi membantu tugas beliau sebagai seorang CEO d Meta. Dengan “ejen CEO” ini, Zuckerberg berharap beliau boleh melakukan tugas secara lebih efisien dan membantu beliau mendapatkan maklumat dengan lebih cepat, tanpa perlu melalui banyak lapisan pengurusan. Projek ini masih lagi dalam peringkat pembangunan.
Meta turut membangunkan alat AI lain seperti Second Brain, yang boleh mengindeks dan menyoal dokumen dalaman untuk projek tertentu. Pekerja Meta pula sudah menggunakan ejen peribadi seperti My Claw, yang boleh mengakses log perbualan, fail kerja, dan berkomunikasi bagi pihak mereka. Semua ini dilakukan selepas Meta mengambil alih Manus penghujung tahun lalu


