Kak KM hadiahkan Ustazah Asni Mansor cincin emas, ramai suka lihat keakraban!

EntertainmentLifestyle
8 May 2025 • 10:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Kak KM hadiahkan Ustazah Asni

Usahawan sensasi, Kak KM hadiahkan Ustazah Asni Mansor cincin emas bersempena dengan ulang tahun kelahiran pendakwah selebriti itu.

Kak KM hadiahkan Ustazah Asni cincin emas

Menerusi perkongsian Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli, dia telah memandu sendiri kereta ke kampung halaman ustazah untuk memberikan cincin emas sebagai hadiah ulang tahun kelahiran.

Dapat dilihat kedua-dua mereka begitu rapat apabila saling bergurau dan Ustazah Asni sendiri melayan Kak KM seperti sahabat lama.

Kak KM hadiahkan Ustazah Asni cincin, hantar sendiri ke kampung

Dalam video yang dikongsi, Ustazah Asni turut berseloroh meminta usahawan itu menyarungkan cincin emas tersebut dijarinya sebagai tanda terima kasih diatas pemberian tersebut.

Sempat lagi mereka ‘merempit’ bersama

Mereka juga dilihat sempat ‘merempit’ bersama mengelilingi kampung dengan motosikal apabila pendakwah berkenaan memboncengkan Kak KM bersama-sama.

Suka tengok insan yang rapat dengan orang2 alim

Momen-momen tersebut telah mendapat respon positif daripada netizen di media sosial apabila masing-masing berasa suka dengan keakraban kedua-dua mereka.

Ada juga yang memuji Ustazah Asni kerana langsung tidak memilih dalam berkawan dan Kak KM juga yang tidak kekok merapatkan diri dengan pendakwah walaupun kedua-duanya berbeza latar belakang kerjaya.

image is not available

Kekalkan circle macam ni tau Kak KM

image is not available

Tak kisah pun berkawan dengan siapa

image is not available

Terbaiklah Kak KM dan Ustazah Asni!

image is not available

Semoga kedua-dua insan hebat ini terus bersahabat sehingga ke Jannah dan memberi inspirasi kepada semua orang seperti yang dilakukan sekarang.

Sumber: TikTok kakkmshop