Kak KM Menangis Kenang Jasa Ibu Mentua, Sanggup Berhutang Beli Aircond Demi Keselesaan - “Mengandung Aku Berpeluh Je…”

26 Dec 2024 • 5:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Usahawan dan personaliti media sosial, Liana Rosli atau Kak KM tidak dapat menahan sebak sewaktu mengenang semula jasa ibu mentua nya.

 

Menerusi perkongsian dari siaran langsung TikTok, Kak KM berkongsi kisah awal perkahwinannya bersama suami, Razman Razli.

 

Menurut Kak KM, sifat kasih sayang yang ditonjolkan ibu mentuanya itu juga membuatkan ibu kandungnya, Normah Damanhuri cemburu.

 

 

@dmnbitch3ss Replying to @waniesyam ♬ original sound - >

“Mak mentua aku memang baik. Waktu kami susah, dia datang rumah, dia pergi dapur tengok tiada apa. Dia terus bawak aku pergi beli peti ais,” ujarnya. 

Mak mentua baik

Malah, ibu mentua sanggup berhutang demi keselasaannya semasa waktu mengandung.

 

“Selepas itu, aku mengandung. Aku asyik berpeluh je. Dia datang usap kepala aku. Dia cakap nak beli aircond walaupun terpaksa berhutang,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Kak KM yang mengenang budi dan tidak berkira pada ahli keluarga. 

 

Selain itu, warganet juga cemburu dengan rezeki ibu kepada empat orang cahaya mata itu yang memiliki ibu mentua penyayang.

 

“Memang nampak mak mentua Kak KM baik.

 

“Untung kak KM dapat mentua baik. Nasib aku tak sebaik kak KM.

 

“Mak mertua Kak KM sangat baik. Mak sangat baik, dia niaga kita datang pun layan macam anak sendiri,” komen beberapa netizen.