Kak KM pantang anak jadi penipu – “Sekolah tak cerdik aku boleh lagi”

2 Jul 2024 • 5:32 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Anak jadi penipu

Usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli memberitahu tidak suka anak-anak jadi penipu telah berjaya tarik perhatian warganet di media sosial.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Kak KM menerusi ruangan pertanyaan di Insta-Story dengan menjawab pertanyaan daripada pengikutnya, baru-baru ini.

Dalam sesi tersebut, ada individu yang mengajukan soalan tentang punca dia memarahi anak memandangkan mereka kerap dilihat mesra di alam maya.

Anak jadi penipu

Ujarnya, dia tidak kisah anak-anaknya gagal dalam pembelajaran asalkan menjaga adab dan sikap dengan ibu bapa.

“Jangan menipu aku, itu je. Aku lain tak ada hal, sekolah bodoh (tak berjaya dalam pelajaran) pun aku boleh lagi.

“Jangan melawan atau menipu..itu pantang Kak KM lah. Sekali kau menipu jahanam hidup kau. So far anak aku tak berani nak tipu lagi tapi belakang aku tak tahu lah.

“Aku selalu terapkan dorang kalau menipu tak selamat pun, jadi kena pandai-pandai lah ye,” katanya.

Anak jadi penipu

image is not available

Ramai setuju dengan Kak KM

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya golonagn ibu bapa bersetuju dengan pandangan Kak KM dimana anak-anak perlu bersikap jujur dengan orang tua masing-masing.

image is not available image is not available

Semoga Kak KM sentiasa bahagia dengan keluarga tercinta

Dalam pada itu, ada segelintir netizen mendoakan Kak KM sentiasa bahagia bersama suami dan anak-anak dan berharap dapat menjadi seorang ibu yang baik.

image is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @kmbeauty