Rita Rudaini izin anak jadi pemain bola sepak, asalkan al-Quran tersemat di dada

Football
30 Jun 2024 • 4:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon, Rita Rudaini izin anak jadi pemain bola sepak profesional asalkan sentiasa menyematkan al-Quran di dada serta bijak alam akademik.

Pesanan jika anak jadi pemain bola sepak

Perkara tersebut dinyatakan Rita menerusi Insta Story miliknya bagi mengulas artikel berkenaan pesanan yang dibuat kepada anak-anak jika ingin menceburi diri dalam dunia bola sepak profesional.

image is not available

“Nak jadi apa pun jadilah asalkan di dada kamu terisi al-Quran dan seorang yang bijak dalam akademik,”

Rita Rudaini izin anak jadi pemain bola sepak asalkan al-Quran di dada, bijak akademik

Ujarnya lagi, jika mereka melazimi al-Quran dan bijak dalam akademik, setidaknya apabila sudah tidak aktif di kancah bola sepak, mereka tetap mempunyai pendidikan yang baik untuk meneruskan kehidupan di masa hadapan.

“Atleast kalau dah tak laku main bola esok-esok, ada ‘geran’ degree ka PHD ka, ye dok?” tulisnya.

image is not available

Rita Rudaini izin anak jadi pemain bola sepak, kongsi gambar Rayyan bersama rakan 1 pasukan

Sebelum ini, Rita telah berkongsi gambar anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin dengan mendoakan agar pasukannya memperoleh emas dalam perlawanan bola sepak yang disertai.

image is not available

Sekadar info, selebriti berusia 48 tahun mempunyai dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan juga Airit Qaqa Arjuna.

Kedua-dua mereka merupakan cahaya mata daripada perkahwinannya bersama bekas pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Razak pada 2008.

Namun begitu, sekitar tahun 2013, mereka sah bercerai talak satu dan pemain bola sepak berkenaan sudahpun mendirikan rumah tangga Zarema Zainal pada 2014.

Sumber: Instagram Rita Rudaini