
Menerusi hantaran di TikTok, usahawan Kak KM berkata dia tidak ‘culture shock’ ketika memiliki duit yang banyak dan terus berbelanja tidak tentu hala.
Katanya, meskipun sudah mempunyai kehidupan yang senang dia tidak memandang rendah atau menghina orang yang kurang berkemampuan kerana pernah melalui hidup susah suatu ketika dahulu.
Macam mana pun aku dah ada duit, aku tetap humble. Beli barang dekat kedai Aceh je.
Kak KM akui lebih memilih untuk menjalani kehidupan yang sederhana meskipun perniagaannya mendapat keuntungan tinggi dan kini hidup senang.
@lianarosli.sweetdara Ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi #kakkmbukanbiasa2 ♬ original sound – KM Beauty & Cosmetic
Sementara itu, ramai netizen memberi komen dan memuji sikap rendah diri dan ada yang berkata Kak KM antara contoh usahawan berjaya tidak tidak lupa asal usul.

Segelintir netizen turut memuji Kak KM kerana rajin dan memilih untuk memasak sendiri juadah buat keluarga berbanding membayar orang gaji untuk masak.
"Kau Bukan Mata Duitan Kau Gila Harta!" - Isu Putus Tunang Sebab RM500, Kak KM Beri Nasihat 'Pedas'
The post Kak KM Pilih Hidup Sederhana, Tak Pernah Lupa Hidup Susah Dulu – “Aku Tetap Humble, Aku Beli Barang Kedai Aceh Je” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

