Kak KM Tak Terkesan Dikecam Kerana Seksi - “Saya Pakai Juga Baju Lengan Panjang & Seluar Panjang”

15 Oct 2024 • 11:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Tidak pernah lari daripada imej seksi yang mencolok mata, usahawan terkenal Liana Rosli atau Kak KM tidak langsung melatah dengan kecaman ramai mengenai imej yang dibawanya.
 

Menurut Kak KM, ‘kutukan’ yang diterima kerana cara berpakaian yang ditonjolkan langsung tidak memberi kesan kepadanya.
 
Malah, dia berkata bahawa dia sentiasa terbuka dengan pandangan individu yang tidak senang melihat caranya berpakaian.

Malah ibu empat anak ini menghormati setiap teguran dan pandangan orang ramai.
 
“Nak pakai macam mana lagi? Saya pakai juga baju lengan panjang, seluar panjang.
 

“Saya terima teguran semua. Tapi itulah…masing-masing ada pandangan mereka,” seloroh Kak KM ketika ditanya Gempak mengenai imejnya yang sentiasa kelihatan seksi.

 
Dalam pada itu, Kak KM kini terus melebarkan sayapnya apabila dia merancang untuk membuka kedai makan ‘nasi lemak’ yang bakal diusahakan suaminya.
 
Jelas Kak KM, dia kini  telah membeli sebidang tanah untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan tersebut.
 

“Alhamdulillah, permintaan setiap hari semakin meningkat dan setiap kali kami buka order, memang beratus-ratus bungkus yang diterima.

 
“Sekarang ini memang kami terpaksa tutup sementara. Terima kasih kepada semua yang menyokong Kak KM kerana apa sahaja yang Kak KM jual, ada sahaja yang order.
 
“Suami Kak KM memang pernah berniaga, dan kami dalam perancangan. Kami juga sudah membeli tanah di Gombak. Tunggu sahaja,” katanya.
 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved