KES pembunuhan ibu tunggal Bella atau Mira Sharmila Shamsusah, memilukan hati. Meninggalkan dua cahaya mata, wanita itu pergi dalam keadaan tragis selepas hilang selama 38 hari.
Cekal memperjuangkan keadilan buat Bella, kakaknya Norhisham Shamsusah, 36, dilaporkan ditahan pihak berkuasa baru-baru ini.
Bapa saudara, Nor Azhar Jamil, 55, mendedahkan wanita itu ditahan pada jam 2.30 pagi tadi manakala pada 8.30 pagi wanita itu dibawa ke mahkamah bagi permohonan reman.
Beliau juga memaklumkan dua peguam pemerhati kes Bella juga tiba di mahkamah berhubung penahanan Norhisham. Difahamkan, wanita itu akan dibebaskan selepas berjaya membuat bantahan reman.
Baca juga: Separuh anggota hilang ditemui 90% dikatakan milik Bella, kakak pohon doa. ‘Moga yang lain juga dijumpai’

“Alhamdulillah, terima kasih kepada kedua-dua peguam yang hadir bagi pihak kakak arwah Bella berjaya dalam bantahan reman akan dibebaskan pada 5 petang, 13 Mac 2024.
Nor Azhar menerusi ruangan komen memaklumkan penahanan anak saudaranya itu adalah berkaitan penstriman langsung wanita itu di laman sosial TikTok.
Warga maya meluahkan simpati dan menitipkan doa agar Norhisham dibebaskan.
– “Doa yang baik-baik, moga ALLAH berpihak kepada kakak Bella.”
– “Kalau kakaknya diam mungkin kes adiknya senyap.”
– “Terus tabah Kakak Bella. Jangan takut, ALLAH ada.”
– “Moga dipermudahkan urusan keluarga arwah.”
Baca juga: Kes Bella: Kakak tak mampu tahan perasaan lihat suspek, anak dedah ibu sering dipukul teman lelaki
POLIS TERIMA ADUAN WANITA BERKAITAN GAMBAR ANAK
Sementara itu portal berita melaporkan, Norhisham ditahan jam 2.10 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata Norhisham ditahan ia susulan selepas pihaknya menerima laporan seorang wanita memaklumkan gambar anaknya berusia empat tahun digunakan di Tiktok.
“Kanak-kanak itu merupakan saksi pendakwaan bersabit kes bunuh di daerah ini hujung tahun lalu yang disebarkan melalui aplikasi itu.
“Dia kemudian ditahan ketika tampil memberi keterangan di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Batu Pahat.
“Selain tangkapan, polis turut merampas telefon bimbit yang disyaki digunakan ketika bersiaran langsung, untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ismail berkata, suspek kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, pagi tadi dan direman sehari bermula hari ini.
Katanya, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.
“Polis menasihatkan orang awam agak tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya.
UNCLE, MANA MUMMY?
Baru-baru ini, Sinar Harian (wartawan Azura Md Amin) melaporkan suasana di pekarangan Kompleks Mahkamah Batu Pahat bertukar hiba selepas anak sulung Bella, Eusuf Abdul Fatah, 5, bertanya di mana ibunya.
“Uncle, mana mummy?, itu reaksi Eusuf Abdul Fatah, 5 yang didengar selepas tertuduh, Mohammad Haikal Mahfuz, 24 dibawa keluar dari kamar Mahkamah Majistret Batu Pahat, bagi sebutan semula kes tuduhan membunuh wanita itu, pada Disember tahun lalu.

Sementara itu, Norhisham atau lebih mesra disapa Ayu tidak dapat menahan kesedihan mengenangkan kerinduan Eusuf terhadap ibunya.
“Saya terperanjat bila Eusuf ajukan soalan itu. Eusuf selalu bertanyakan ‘mummy’ mana?, Saya beritahu ‘umi bawa awak jumpa uncle’ nanti awak tanyalah dia.
“Jadi bila Eusuf tanya begitu secara spontan kepada Mohammad Haikal, keadaan jadi sayu,” ujarnya ketika selepas prosiding sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Batu Pahat bru-baru ini.
Selain Eusof, Bella mempunyai seorang lagi anak perempuan, Maream Isabel, 3, yang kini dalam jagaan neneknya, Noraini Salleh, 55.
Sumber: TikTok Nor Azhar Jamil, Sinar Harian
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
The post Kakak Allahyarham Bella ditahan polis, bapa saudara dedah punca. ‘ALLAH bersama orang yang benar’ appeared first on SinarPlus.


