Kakak Bella Ditahan Polis Kerana Buat ‘Live’ Tiktok – “Dia Tak Dedah Wajah Seperti Didakwa”

13 Mar 2024 • 1:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kakak kepada Mila Sharmila Samsusah yang merupakan mangsa bunuh teman lelakinya dilaporkan telah ditahan pihak polis kerana melanggar Akta Kanak-Kanak 2001.

Memetik laporan Harian Metro, penahanan itu dilakukan setelah pihak polis menerima laporan daripada keluarga tertuduh kes bunuh berkenaan yang mendakwa kakak Bella telah menyiarkan foto kanak-kanak dipercayai anak angkat suspek ketika bersiaran langsung di TikTok, baru-baru ini.

image is not available

Sumber : Harian Metro  

Wanita itu dilaporkan dibawa ke Mahkamah Syariah Majistret Batu Pahat pagi ini sambil ditemani dua peguamnnya, Nur Aminahtul Mardiah Md Nor dan Nurul Hafidzah Hassan bagi mendapatkan perintah reman.

Kedua-dua peguam itu memaklumkan bahawa kakak Bella telah direman selama sehari selepas mahkamah menolak permohonan pegawai penyaisat untuk reman tiga hari.

Sebaliknya, anak guam kami langsung tidak mendedahkan muka seperti mana didakwa dalam laporan dibuat sebelum ini.

Ketika proses permohonan reman, kami mengemukakan beberapa sebab kenapa anak guam tidak boleh direman terlalu lama. Kalau nak tahan reman, mesti ada sebab tetapi alasan dikemukakan pegawai penyiasat tidak membawa kepada sebab munasabah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

KKM Bakal Teruskan Operasi Ramadan 2024 Sepanjang Bulan Puasa Bagi Menjamin Keselamatan Makanan Di Bazar Ramadan