Kakak Bekas Suami Dakwa Kim Seri ‘Spin’ Cerita Dengan Polis Korea – “Sembang Babi Pun Boleh Terbang, Balik Malaysia Kalau Berani”

LocalEntertainment
25 Apr 2025 • 10:55 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menerusi akaun media sosial, bekas kakak ipar Kim Seri bersuara dan menyelar tindakan pempengaruh itu yang didakwa tidak bertanggungjawab ke atas jenayah penipuan yang dilakukannya.

Kata Nor Seri Azlina, disebabkan penipuan tersebut bekas suami Kim Seri juga terpaksa menghadapi kesannya seperti dipanggil polis untuk disoal siasat di beberapa negeri mengikut laporan yang dibuat oleh mangsa.

image is not available

Bukan itu sahaja, Nor Seri turut mendakwa Kim Seri mereka cerita kepada Polis Korea tentang bekas suaminya dan berkata keluarga mereka tidak akan berdiam diri lagi.

Story kau cantik sangat ye.. ‘Urusan saya dengan polis sini. Urusan angah (bekas suami) dengan polis Malaysia’ Polis Korea kau spin akaun atas nama adik aku, lepaslah kau… sembang babi pun boleh terbang. Balik Malaysia kalau berani.

image is not available

image is not available

Dia turut menulis bahawa Kim Seri didakwa menggunakan duit bayaran daripada pelanggan untuk membuka kedai di Seoul, Korea dengan harga 1 juta.

Tak payah spin sana sini. Lepas tu acah acah cakap tak pandai manage business.

image is not available

image is not available

Katanya lagi, dia banyak mengetahui cerita tentang adiknya dan Kim Seri kerana lelaki itu tinggal bersamanya selepas bercerai.

Tambahnya, bekas suami Kim Seri telah pun membuat laporan lebih awal tentang hal tersebut sejak Disember 2024 dan memberikan kerjasama baik dengan polis di Malaysia.

image is not available 1 day ago

'Ex Husband’ Kim Seri Ditahan Polis, Bekas Kakak Ipar Harap Serah Diri & Bertanggungjawab - “Dia Kena Hadap Benda Yang Kamu Buat”