“Saya tak mahu londeh aib” – Kim Seri Beri Respon Susulan Bekas Suami Didakwa Ditahan Atas Kes Melibatkan Dirinya

Entertainment
25 Apr 2025 • 1:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nama pempengaruh media sosial, Kim Seri kembali hangat susulan pendedahan mengejutkan daripada seorang individu yang dipercayai bekas kakak ipar yang mendakwa adiknya telah ditahan polis kerana terpalit dengan kes penipuan melibatkan pempengaruh itu.

Ujarnya, pendedahan tersebut sekaligus memberi jawapan kepada persoalan orang ramai mengapa Kim Seri masih lepas dan bebas atas kes yang dilakukannya.

“Kalau ex saya tak bersalah dia akan dibebaskan”

Susulan pendedahan itu menjadi bualan hangat di media sosial, Kim Seri menyatakan dia tidak mahu mengulas mengenai dakwaan tersebut dan meminta biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan.

image is not available

Jelasnya, bukan hanya bekas suami dipanggil untuk siasatan, dia juga turut melalui proses sama di Korea Selatan.

“Jadi biarlah kami sama-sama terangkan kepada pihak polis dari setiap pihak. InsyaAllah kalau ex saya tak bersalah dia akan dibebaskan dan segalanya berkaitan pengurusan kedai dan kewangan sama macam yang saya terangkan sebelum ini.”

image is not available

Pada masa yang sama, Kim Seri juga berkongsi beberapa tangkap layar mesej perbualan dengan bekas kakak ipar yang menunjukkan sebab dia tidak bersama dengan anak-anaknya.

image is not available

Tidak mahu kesnya dibahaskan lagi, dia meminta berikannya ruang dan masa untuk memperbaiki serta melunaskan hutang-hutang mangsa.

image is not available

Terdahulu, nama Kim Seri menjadi perhatian selepas beberapa individu tampil mendakwa menjadi mangsa penipuan agensi pelancongan miliknya di Korea Selatan, melibatkan kerugian keseluruhan hampir RM500,000.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.