Kakak dedah sisi sebenar Jaslinda

5 Jun 2026 • 1:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kakak dedah sisi sebenar Jaslinda
Jasima Saludin, 52, dedah sisi sebenar adiknya Jaslinda.
Image from: Kakak dedah sisi sebenar Jaslinda
Tok Batin Kampung Ampang Woh, Bah Lilit, 52, bersama sebahagian daripada 22 sukarelawan Orang Asli membuat pemeriksaan laluan permulaan pendakian yang akan digunakan pada awal pagi esok bagi misi mencari pendaki, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak Ahad lalu, ketika tinjauan di Kampung Ampang Woh. Foto Bernama
Image from: Kakak dedah sisi sebenar Jaslinda
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih dekat Tapah sejak 23 Mei lepas diteruskan dengan pencarian melalui udara. Foto Bernama
Image from: Kakak dedah sisi sebenar Jaslinda
Haszman Othman, 61, suami kepada Jaslinda Saludin, 49 setia menanti kepulangan isteri tercinta.
Image from: Kakak dedah sisi sebenar Jaslinda
Pemandangan pendakian ke puncak Gunung Batu Putih yang dirakam pada Februari 2024 semasa aktiviti Konservasi Gunung Batu Putih. Foto Bernama.
Image from: Kakak dedah sisi sebenar Jaslinda
Tulisan tertera "HAFIZ AMBIK GAMBAR AKAK DH SAMPAI” itu ditinggalkan Jaslinda di atas tanah di puncak Gunung Batu Putih.

IPOH - Pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih dekat Tapah sejak 24 Mei lepas, disifatkan sebagai seorang yang sangat baik, penyayang, murah hati dan suka membantu.

Perkara itu dinyatakan oleh kakaknya, Jasima Saludin, 52, yang kali terakhir berkomunikasi dengan adik bongsunya itu menerusi perbualan telefon, tiga hari sebelum mangsa memulakan pendakian berkenaan.

"Adik saya, Jaslinda seorang yang sangat baik … kadang-kadang kebaikan dia itu terpaksa saya masuk campur kerana ada yang suka mengambil kesempatan. Bukan saya nak puji, tetapi memang itulah Jaslinda," katanya kepada Bernama sambil memaklumkan ahli keluarga merindukan celoteh wanita itu.

**media[3541020]**

Jaslinda juga, katanya, merupakan seorang yang aktif sejak muda dengan melakukan aktiviti termasuk menyelam dan berkayuh basikal gunung (MTB) kerana sifatnya yang suka akan alam semula jadi dan jauh daripada hiruk-pikuk kesibukan di kota, sekali gus dapat menghilangkan tekanan.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahan

Kronologi kehilangan Jaslinda

Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiat

Jasima berkata, mereka turut berkongsi minat yang sama, namun kesihatannya tidak mengizinkan untuk terus melakukan aktiviti pendakian.

"Gunung Liang ialah gunung terakhir kami mendaki bersama pada 2022 selepas pulang daripada melakukan aktiviti sama di Gunung Rinjani, Indonesia. Kenangan yang paling saya tidak lupakan ialah rancangan kami untuk 'khatam' G7 (Gunung Yong Yap pada 2019) bersama-sama," katanya.

**media[3541021]**

Beliau berkata, Jaslinda telah melakukan banyak pendakian sebelum ini dan antara gunung yang berjaya ditawan ialah Gunung Kinabalu, Gunung Semangkok dan Gunung Stong, selain mendaki bukit-bukit lain.

"Ya, sudah tentu dia telah mendaki lebih 10 tahun, tetapi pengalaman mendaki itu sendiri bukanlah bermaksud untuk bermegah, hebat atau mahir dengan semua perkara," kata anak ketiga daripada empat beradik itu.

Berkenaan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang kini diteruskan dalam skala kecil, Jasima berkata beliau sekeluarga tidak pernah putus harapan dan tetap berdoa supaya Jaslinda ditemukan secepat mungkin.

"Memang kami sentiasa menunggu atau bertanya (pihak berkuasa) perkembangan kes sebab setiap maklumat itu sangat bermakna untuk kami sekeluarga," katanya.

**media[3541023]**

ARTIKEL BERKAITAN: Polis sahkan misteri kehilangan Jaslinda tiada unsur jenayah

Operasi SAR Jaslinda diteruskan dalam skala kecil

Kronologi kehilangan Jaslinda

Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiat

Pasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik Jaslinda

Ops Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskan

Ops Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu

Sementara itu, Jasima menepis kritikan yang menular dalam media sosial berkaitan pendakian adiknya di Gunung Batu Putih itu, sambil memohon orang ramai menghentikan kecaman tanpa mengetahui keadaan sebenar yang terjadi.

"Bagaimanapun, dalam banyak kecaman, saya tahu masih ada yang mendoakan Jaslinda … yang nilai dia semuanya tidak mengenali dirinya … kita tidak tahu perkara yang berlaku ketika itu, hanya mereka yang bersama dengan Jaslinda yang tahu," katanya.

**media[3541028]**

Beliau juga memohon maaf sekiranya Jaslinda ada menyakiti mana-mana pihak dan yang penting sekarang ialah berdoa agar adiknya dijumpai dengan segera, bukannya mencari kesalahan atau kebenaran mana-mana pihak.

"Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pencarian adik saya," katanya yang membuat keputusan memberikan kenyataan kepada media selepas adiknya menerima banyak kecaman di media sosial.

Pada Rabu lepas, Ketua Polis Daerah Tapah Superintenden Abdul Malik Hasim dilaporkan berkata, operasi SAR Jaslinda diteruskan dalam skala lebih kecil yang diketuai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Sebelum ini, pendaki wanita itu dilaporkan bersama-sama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Jaslinda dan seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti mendaki, bagaimanapun eksekutif rantaian bekalan di sebuah syarikat swasta itu dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat pada 24 Mei. - Bernama