
"Adindaku Jaslinda Saludin..", Luahan Kakak Undang Sebak
Memasuki hari ke-12, usaha membawa pulang Jaslinda Saludin yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih masih menemui jalan buntu.
Sudah tentu, kehilangannya paling dirasai oleh suami, anak dan ahli keluarga terdekat yang menanti penuh pengharapan kepulangan Jaslinda.
Baru-baru ini, luahan dan coretan kakak Jaslinda di TikTok @minjd74 merobek hati pembaca berhubung kehilangan adiknya di gunung berkenaan.
"Adindaku Jaslinda Saludin.."
Assalammualaikum....😢🙏
Selepas segala yang keluarga Min lalui kebelakangan ini, Min benar-benar tersedar betapa kejamnya dunia Internet.
Orang begitu mudah menghukum, membuat andaian dan membentuk pendapat tanpa mengetahui keseluruhan cerita.
Tanpa sedar, setiap kata yang ditulis itu MELUKAI HATI kami yang sedang berjuang menahan sakit apabila membaca setiap bibit komen.
Bomba Jelas Sebab Khidmat Anjing Pengesan K9 Tidak Diguna Dalam SAR Jaslinda
Anak Luah Rasa Rindu Lihat Gambar Jaslinda
Video Pasukan SAR Cari Jaslinda Jadi Perhatian
Kita hidup dalam dunia di mana pendapat disebarkan sekelip mata, tetapi EMPATHY sering dilupakan.
Pengalaman ni mengajar Min bahawa kebaikan itu tidak memerlukan apa-apa.
Netizen Tak Henti Berdoa Agar Jaslinda Ditemui
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut bersedih dengan coretan hati kakak Jaslinda.
Malah ada yang meluahkan nama Jaslinda sentiada berada dalam doanya
"Kakak ni.. kehilangan dia sangat menyentuh hati saya... sehinggakan nama dia masuk dalam doa saya setiap kali solat... Ya Allah... kembalikanlah dia kepada keluarganya dengan selamat.. amin kami menanti dia dengan penuh harapan ya Allah...," komen seorang pegguna.
"Kejam dunia hari ini. Tabahlah dalam menghadapi dugaan yang berat ini, abaikan benda-benda yang negatif. Akhir zaman manusia dah tiada sifat kemanusiaan," komen seorang lagi.
"Ya betul, walaupun saya bukan sedarah dengan kak Jas, saya sangat terkesan dengan kata-kata manusia yang tidak ada perasaan simpati … seolah mereka boleh lari dari takdir & qada qadar Allah," komen seorang lagi.






