Kakak Ira Kazar Nyahaktif Akaun Twitter Lepas Diserang Netizen Gara-gara ‘Backup’ Adik

Entertainment
16 Jan 2023 • 10:43 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kecoh di Twitter semalam apabila tweet seorang individu yang didakwa kakak kepada Ira Kazar iaitu Yasmin Kaza dikatakan telah menyindir Puteri Sarah dan keluarga Datuk Yusof Haslam.

Menerusi tweet tersebut, Yasmin Kaza telah mempersoalkan tindakan Puteri Sarah yang sering kali memuat naik hantaran di Instagram stories.

image is not available

Rosaklah perempuan perempuan yang suka ‘viral’ sana sini acah acah tersakiti dicurangi. Semua nak kongsi pada masyarakat lepas tu lalu di Timeline aku. B*d*h menyampah aku tengok. Engkau orang tak ada Tuhan ke?”

Yasmin juga menambah dengan mengatakan tindakan Puteri Sarah agak lucu apabila tidak menyekat akaun palsu yang mendakwa mengganggunya.

Kinda funny’ bila kau tak suka ‘fake account’ ganggu tapi tak sekat. ‘Kinda hilarious’ bila kau siap ‘pinned’ fitnah dari ‘fake account’. ‘You are damn funny, girl’. Oh and fake too,” tulisnya.

“Yang si kakak ni over sangat pehal” – Netizen

Ciapan daripada kakak Ira Kazar itu ternyata menaikkan kemarahan netizen yang mana rata-rata kemudian mencemuhnya sehingga Yasmin memilih menyahaktif semua akaun media sosialnya.

image is not available

Netizen juga meminta supaya Yasmin tidak meninggalkan sebarang komen yang bukan-bukan kepada Puteri Sarah kerana ia akan lebih memburukkan keadaan.

image is not available

Dalam pada itu, Puteri Sarah Liyana dilaporkan akan memfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah hari ini.

Peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah berkata, hanya permohonan cerai sahaja akan difailkan dijangka pada hari ini.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.