Kakak nasi kukus Petronas Nanding sudah ‘tiada’

LocalFood
29 Jul 2026 • 2:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kakak nasi kukus Petronas Nanding sudah ‘tiada’

PETALING JAYA – Penggemar nasi kukus berdekatan Petronas Nanding, Hulu Langat berkongsi kisah duka di media sosial apabila peniaga tersebut telah meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan pagi tadi.

Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna di aplikasi Threads dikenali sebagai Izzatulnabilah, kemalangan tersebut turut mengorbankan suami dan seorang anak pasangan terbabit.

“Bagi yang mengenali kakak nasi kukus yang niaga tepi Hari Hari (Petronas Nanding, Hulu Langat), kakak bersama suami dan anak bongsunya telah kembali kepala pencipta kita semua.

“Mereka semua terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pagi tadi. Mohon doakan semuanya dipermudahkan,” kata individu itu.

Difahamkan keluarga tersebut terlibat dalam kemalangan di sekitar kawasan Batu 18, Hulu Langat pagi tadi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna telah meninggalkan pelbagai komen dan berkongsi kisah sedih tersebut.

“Patutlah cuaca redup pagi tadi kat Langat. Al Fatihah, sehidup semati sekeluarga,” tulis Niewa07.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Nieeaaaa.

“Sedihnya, saya antara pembeli nasi kukus dia. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang beriman, kesian tengok anak melambung,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Kakak nasi kukus Petronas Nanding sudah ‘tiada’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved