“Kakak Nasi Kukus” Hulu Langat, Suami Dan Anak Bongsu Maut Dalam Kemalangan

29 Jul 2026 • 6:07 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: “Kakak Nasi Kukus” Hulu Langat, Suami Dan Anak Bongsu Maut Dalam Kemalangan

HULU LANGAT: Seorang peniaga nasi kukus yang dikenali ramai sebagai “Kakak Nasi Kukus” di Petronas Taman Seri Nanding dilaporkan meninggal dunia bersama suami dan anak bongsunya selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya pagi tadi.

Berita pemergian mereka mula tular di media sosial selepas dikongsikan oleh ahli keluarga, rakan-rakan serta pelanggan yang meluahkan rasa sedih atas kehilangan insan yang disifatkan sebagai seorang yang baik dan mesra.

Dikenali Ramai Penduduk Setempat

Menurut perkongsian yang tular, Allahyarhamah bersama suami dan anak bongsunya maut dalam kemalangan tersebut, manakala orang ramai turut menitipkan doa agar seluruh urusan keluarga dipermudahkan.

Difahamkan, Allahyarhamah menjalankan perniagaan nasi kukus di kawasan Petronas Taman Seri Nanding, Hulu Langat dan dikenali ramai dalam kalangan penduduk setempat.

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz turut menzahirkan ucapan takziah menerusi hantaran di Facebook, sambil mendoakan agar roh ketiga-tiga mangsa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Pemergian mereka mengundang rasa hiba dalam kalangan warga maya, dengan ramai menyifatkan kehilangan itu sebagai satu tragedi yang amat menyedihkan buat keluarga serta komuniti setempat.

Setakat ini, butiran lanjut mengenai kejadian dan punca kemalangan masih belum diperincikan oleh pihak berkuasa. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada keluarga mangsa menghadapi saat sukar ini. – The Malaysian Update

The post “Kakak Nasi Kukus” Hulu Langat, Suami Dan Anak Bongsu Maut Dalam Kemalangan appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved