Kakak Umisya Mazlan dedah adik bantu uruskan jenazah bayi Marissa

LocalEntertainment
25 Aug 2024 • 12:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Kakak Umisya Mazlan dikenali sebagai Sella Mazlan dedah adiknya membantu menguruskan jenazah bayi Marissa selepas wanita itu diperli susulan dikatakan telah berbaik dengan madunya.

Memetik hantaran Insta Story Sella Mazlan, mereka mengakui bahawa Umisya mengetahui tentang keadaan Marissa Dania beberapa hari lepas dan datang membantu menguruskan jenazah.

image is not available

Kakak Umisya Mazlan akui mereka semua terkejut

Mereka juga akui sedih dan simpati dengan ujian yang diberikan Allah kepada Aslam serta Marissa kerana turut terkejut apabila mengetahui berita keguguran.

Kakak Umisya Mazlan juga menjelaskan bahawa wanita yang sedang hamil tiga bulan itu sempat meriba jenazah selepas dimandikan kerana merasa tanggungjawab sebagai sesama Islam.

image is not available

Kakak Umisya Mazlan buat penjelasan sebab adik difitnah

Penjelasan yang dibuat adalah disebabkan tindakan sesetengah penguna media sosial yang menfitnah isteri pertama Aslam dengan pelbagai tuduhan tidak benar termasuklah bergembira diatas musibah yang dihadapi Marissa.

image is not available

Umisya kesal pelbagai spekulasi

Dalam pada itu, Umisya juga sempat meluahkan rasa kesal apabila bermacam-macam spekulasi timbul sehingga ada pihak yang tidak tahu membezakan perkara musibah dengan hal lain-lain.

Ujarnya, dia sama sekali tidak menyesal menjadi terlalu baik kerana tahu ganjaran yang diberikan oleh Allah S.W.T cukup hebat.

image is not available

Aslam benarkan berita kehilangan anak pertama dengan Marissa

Aslam yang akhirnya bersuara serta memberi kenyataan membenarkan tentang pemergian anak pertamanya dengan Marissa memohon agar mendoakan yang baik-baik buat mereka tanpa membuat sepabang spekulasi serta hukum sewenangnya.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, bapa mentua, qariah suarau serta Umisya kerana membantu dalam menguruskan segala hal berkaitan jenazah bayinya.

image is not available

Terdahulu, anak kepada selebriti terkenal, Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania dikhabarkan bersalin pramatang namun bayinya meninggal dunia sejurus selepas dilahirkan.

Spekulasi mengatakan yang Marissa Dania berbadan dua masih menjadi teka-teki apabila dia dan suami tidak menjawab pertanyaan berkaitan kehamilan selepas ditanya sewaktu menghadiri acara pelancaran produk kecantikan.

Sekadar info, pempengaruh terbabit telah mendirikan rumah tangga dengan jejaka dikenali sebagai Aslam pada hujung tahun lalu di Selatan Thailand tanpa pengetahuan isteri pertama, Umisya.

Sumber: Instagram umisyamazlan, sella_mazlan, aslambul