Netizen Kurang Senang Umisya Mazlan Berbaik Dengan Marissa Dania, Ini Respons Empunya Badan

25 Aug 2024 • 11:30 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Umisya Mazlan yang juga madu kepada anak selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania, tampil bersuara mengenai sikap netizen yang kurang senang dengan hubungannya bersama Marissa. 

Umisya Kecewa Spekulasi Netizen

Menurut Umisya, dia meluahkan rasa kecewa dengan sikap netizen yang sering membuat spekulasi mengenai rumah tangganya bersama madu.

Jelas Umisya lagi, dia tetap berpegang kepada prinsip sentiasa menjadi baik dan bersimpati dengan musibah yang dilalui seseorang. 

"Macam-macam spekulasi manusia ni ya, pening kepala. Dah tak reti bezakan musibah dan lain-lain.

"Satu yang Misya selalu terapkan dalam fikiran, jangan pernah menyesal jadi terlalu baik, kerana hadiahmu bukan pada manusia, tapi Allah.

"Jadi manusia, jadilah manusia yang ada ihsan, yang berhati perut sesama manusia," tulisnya.

Netizen Kurang Senang 

Umisya berkata demikian apabila ada Individu yang kurang senang dengan hubungannya bersama madu, Marissa Dania selain menyokong keputusan Aslam yang berkahwin dua.

"Punya penat netizen back up tapi last-last baik juga dengan orang tu. Tak apa lah, memang patut diduakan. Aslam pun lagi sayangkan Marissa sebab tu kahwin juga diam-diam.