Kakak Umisya Titip Doa Buat Marissa, Mohon Hormati Keputusan Perceraian – “Moga Allah Ampuni Kamu..”

LocalEntertainment
24 Jun 2026 • 12:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Kakak kepada pempengaruh Umisya Mazlan iaitu Nadia tampil berkongsi pandangannya mengenai ujian rumah tangga susulan perkembangan terkini yang menjadi perhatian ramai di media sosial.

Menerusi satu hantaran di Threads, Nadia menegaskan bahawa setiap konflik atau ujian dalam perkahwinan tidak sepatutnya dianggap sebagai satu pertandingan bagi menentukan siapa yang menang atau kalah.

Advertisement

Menurutnya, setiap individu mempunyai sebab dan pertimbangan tersendiri dalam membuat keputusan berdasarkan situasi yang sedang dihadapi.

kakak umisya Image from: Kakak Umisya Titip Doa Buat Marissa, Mohon Hormati Keputusan Perceraian – “Moga Allah Ampuni Kamu..”

Dalam masa sama, Nadia berpendapat orang ramai tidak perlu mempertikaikan atau cuba memahami secara mendalam setiap keputusan yang dibuat oleh individu yang terlibat dalam sesebuah hubungan.

Sebaliknya, beliau berharap masyarakat dapat menghormati pilihan yang dibuat oleh mereka yang sedang melalui ujian tersebut.

View this post on Instagram

“Tidak perlu untuk kita ambil faham tentang setiap pilihan yang dibuat oleh mereka. Cukuplah sekadar kita menghormati apa yang mereka pilih untuk hidup mereka.”

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju bahawa setiap individu berhak menentukan hala tuju hidup masing-masing tanpa perlu dihakimi oleh orang luar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

aslam2026-06-23 10:37:32

"Ya Kami Sudah Tidak Tinggal Sebumbung" - Aslam Sakit Perut Di Mahkamah

The post Kakak Umisya Titip Doa Buat Marissa, Mohon Hormati Keputusan Perceraian – “Moga Allah Ampuni Kamu..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved