Kakanda Sultan Pahang Mangkat

27 Aug 2026 • 8:14 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kakanda Sultan Pahang Mangkat

KUANTAN (Bernama) -- Kakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Datuk Seri Aishah Almarhum Sultan Ahmad Shah mangkat pada 9.15 malam tadi di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata jenazah Almarhumah akan dibawa ke Makam Diraja Pahang, Pekan, pada esok untuk dimakamkan dengan penuh penghormatan dan istiadat.

Beliau berkata kemangkatan Almarhumah merupakan satu kehilangan besar kepada Kerabat Diraja Pahang, khususnya kepada Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah, mengampuni segala dosa dan kesalahan, menerima segala amal ibadah serta kebajikan yang telah dilakukan sepanjang hayat, serta menempatkan roh Almarhumah dalam kalangan para solihin serta di syurga-Nya.

“Sama-sama kita doakan roh Almarhumah akan bersama orang-orang yang solehah,” katanya menerusi kenyataan media malam ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved