“Kaki Besar Kayu Gedabak Jangan Pakai Seksi”, Pemakaian Janna Nick Teruk Dikecam Netizan

Entertainment
23 Nov 2022 • 10:39 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Rasanya ramai yang dah tahu pelakon dan penyanyi, Janna Nick sudahpun berpisah dengan teman lelakinya, Dini Dini Schatzmann selepas dia sendiri mengumumkan perkara itu di media sosialnya baru-baru ini.

Kemudian, terdapat satu posting yang dibuat Puteri Sarah Liyana, menunjukkan Janna Nick berada di lapangan terbang dan dipercayai cuba mencari ketenangan di Eropah. Wah! Bestnya.

Terbaru! Janna Nick ada kongsikan perkembangan dirinya yang berada disana dengan memuat naik satu gambar di hadapan sebuah bangunan. Tapi ianya teruk dikecam netizen. Apa kes?

Rata-rata netizen kecam tentang pemakaiannya yang kelihatan menjolok mata, tambah lagi dengan skirt yang agak singkat dan ketat hingga menampakkan susuk tubuh badannya.

Hal tersebut telah membuatkan ramai netizen tidak senang duduk dan ‘panas’ mata melihat pelakon beragama Islam berpakaian sedemikian dan menegur Janna agak ingat pada Allah SWT jika mahukan ketenangan.

image is not available

image is not available

image is not available

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.