Demam bola makin hangat sejak sepak mula pertama pada Jun. Makan bola. Tidur bola. Semuanya tentang bola. Confirm ramai dah teruja kan?
Tapi jujur cakap antara perkara paling menyakitkan hati setiap kali game macam ni bukanlah keputusan perlawanan, tapi internet slow, lag dan tiba-tiba disconnect waktu tengah syok tengok game.
AdvertisementBayangkan tengah moment penting bola dah dekat nak masuk gol, sekali screen freeze. Memang boleh buat hilang mood terus!
“Extra Time Support” janjikan pengalaman tontonan bola sepak yang lebih lancar dan memuaskan
Untuk elakkan semua masalah ini, Time Internet tampil dengan solusi melalui kempen Extra Time Support Giveaway yang menjanjikan pengalaman menonton bola yang lebih lancar dan menyeronokkan.
Kenapa Time Internet?

Time Internet menawarkan nilai yang lebih berbaloi dengan pelan 600Mbps pada harga RM99 sebulan untuk 6 bulan pertama.
Dengan kelajuan ini, bukan sahaja sesuai untuk menonton perlawanan bola tanpa lag, tapi boleh juga digunakan untuk aktiviti lain seperti gaming, menonton Netflix atau layan media sosial tanpa gangguan.
Dari segi perkhidmatan pula, Time Internet memastikan pelanggan sentiasa mendapat sokongan terbaik dengan khidmat pelanggan 24/7, pemasangan pada hari yang sama serta waktu pemasangan yang lebih fleksibel.
Selain itu, Time Internet juga menawarkan fleksibiliti pelan yang sesuai dengan keperluan setiap individu, termasuk pilihan kontrak 12 bulan, 24 bulan atau tanpa kontrak langsung.
Peluang tonton kelab bola kegemaran LIVE di Eropah!

Bukan itu sahaja, sempena kempen ini, Time Internet turut menganjurkan peraduan khas untuk pelanggan mereka.
Hadiah utama yang ditawarkan memang lumayan iaitu dua tiket untuk menonton pasukan bola kegemaran secara langsung di Eropah lengkap dengan pakej percutian 5 hari 4 malam.

Selain itu, ada juga 10 helai jersi bola ditandatangani oleh pemain terkenal seperti Lamine Yamal, Bruno Fernandes, Son Heung Min, Kevin De Bruyne dan Alexis Mac Allister untuk dimenangi. Ada tak pemain bola sepak pujaan anda?
Bagi pelanggan baharu, mereka hanya perlu mendaftar mana-mana pelan Time Home Internet, aktifkan sebelum 26 Julai 2026 dan lengkapkan borang penyertaan di laman web rasmi untuk melayakkan penyertaan.
Manakala pelanggan sedia ada pula hanya perlu mengisi borang penyertaan untuk turut serta.

Nak bertukar ke Time tapi risau kena bayar penalti penamatan internet lama? Jangan risau, Time boleh bantu cover!
Setiap kali penentuan sepakan penalti dalam perlawanan kejohanan bola sepak terbesar dunia, Time akan kongsikan kod promo khas di Instagram rasmi mereka.
Pelanggan yang menggunakan kod tersebut untuk daftar pelan Time Home Internet akan menerima baucar TNG bernilai RM700 untuk cover caj penalti anda. Setiap kod boleh ditebus hanya boleh ditebus 10 pelanggan terawal sahaja. Rugi kalau terlepas!
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk tidak ketinggalan promo dan update semasa, jangan lupa follow Instagram dan Facebook Time Internet. Kunjungi laman rasmi Time Internet untuk info lanjut.
The post Kaki Bola Wajib Join! Peluang Menang Trip Ke Eropah & Jersey Pemain Terkenal first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
