Kaki budak hampir digilis aset bomba Perarakan Merdeka

31 Aug 2026 • 1:53 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kaki budak hampir digilis aset bomba Perarakan Merdeka

KUALA TERENGGANU – Keterujaan seorang budak lelaki berusia tiga tahun untuk melihat aset Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sewaktu peraralan Hari Kebangsaan ke-69 peringkat Terengganu hampir bertukar tragedi selepas kaki kirinya digilis tayar kenderaan penunda bot bomba di hadapan Wisma Persekutuan, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 9.45 pagi itu, mangsa, Che Ku Muhammad Khairul Amir Che Ku Mohd Khairul Azlan, dikatakan terjatuh di jalan raya sewaktu kenderaan pacuan empat roda membawa bot bomba berkenaan bergerak perlahan dalam perarakan terbabit.

Ibunya, Puteri Anis Athirah Wan Rosli, 36, berkata, sewaktu kejadian, Che Ku Muhammad Khairul Amir mengikut kakaknya, Che Ku Nur Amirah, 7, berlari untuk merakam gambar aset JBPM yang turut menyertai perarakan hari kebangsaan berkenaan.

“Amir yang kemudiannya diminta ke tepi jalan oleh salah seorang anggota bomba terlibat tiba-tiba terjatuh tersembam ketika kenderaan agensi tersebut mahu bergerak semula.

“Kaki kirinya betul-betul berada di bawah tayar. Saya yang perasan cepat-cepat menariknya keluar dan membawanya ke tempat selamat,” katanya katanya ketika ditemui di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.

Puteri Anis Athirah berkata, Amir seterusnya dikejarkan ke Unit Kecemasan HSNZ di sini dengan ambulans sambil diiringi anggota polis yang memantau perarakan tersebut.

Katanya, pemeriksaan X-ray mengesahkan tiada tulang Amir yang patah, malah kanak-kanak itu juga tidak mengalami kecederaan dalaman.

“Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak dan menganggap kemalangan menimpa anaknya tidak disengajakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Kaki budak hampir digilis aset bomba Perarakan Merdeka appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved