Kaki kanak-kanak, 11, tertusuk rim basikal

17 Jan 2025 • 3:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: R Gonzales

KOTA BELUD: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun terpaksa menahan kesakitan apabila kaki kirinya tertusuk rim basikal di Kampung Siasai Tamu di sini, Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 5.20 petang itu, mangsa dihantar ke Hospital Kota Belud dan dilaporkan stabil selepas menerima rawatan lanjut.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam pukul 5.23 petang.

Katanya, seramai lapan anggota termasuk pegawai bersama sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS dikerah ke lokasi.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Sebaik tiba, kaki kiri kanak-kanak terbabit didapati tertusuk besi rim basikal yang diperbuat menggunakan bahan besi.

“Pasukan bomba bertindak memisahkan rim daripada sebahagian struktur basikal sebelum mangsa dibawa ke Hospital Kota Belud dengan menaiki ambulans untuk tindakan X-Ray dan rawatan lanjut.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Pasukan bomba kemudiannya dihubungi semula untuk bantuan memotong besi rim basikal berkenaan,” katanya.

Menurut Muhammad Syazwan, pasukan bomba bertindak memotong besi rim menggunakan pemotong hidraulik.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Sebaik selesai operasi memotong besi rim itu, mangsa menerima rawatan lanjut,” katanya, menambah operasi ditamatkan pada jam 9.48 malam.