Dua cedera kereta rempuh tiang elektrik di Kota Belud

LocalCars
27 Dec 2024 • 3:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: R Gonzales

KOTA BELUD: Dua dilaporkan cedera selepas kereta Proton Saga Aeroback dinaiki mereka terbabas dan merempuh tiang elektrik di Kampung Kawang-kawang di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 5.15 petang itu, seorang lelaki berusia 32 tahun dan wanita berusia 29 tahun dihantar ke hospital Kota Belud untuk menerima rawatan lanjut.

AdvertisementKetua Balai Bomba dan Penyelamat (Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pukul 5.22 petang.

Katanya, seramai lapan anggota dan pegawai bomba dikerah ke lokasi kejadian sejauh 20 kilometer dengan satu jentera dan satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

SPONSORED CONTENT Ford aims to boost its presence in Sabah, Sarawak The improved ride quality makes the Ranger more comfortable for passengers. Read more “Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati terdapat tiga mangsa dan salah seorangnya tidak mengalami kecederaan serius.

“Dua mangsa cedera dikeluarkan orang awam manakala seorang lagi dikeluarkan pasukan bomba,” katanya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Menurutnya, dua yang cedera dihantar ke hospital Kota Belud menggunakan ambulan untuk rawatan lanjut.

“Pemeriksaan lokasi serta kenderaan yang terlibat kemalangan turut dijalankan bagi mencegah bahaya lain.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Operasi ditamatkan sepenuhnya jam 6 petang manakala punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.