Kaki Vape Bersiap Sedia, Peraturan Lebih Ketat Mungkin Dikuatkuasakan Ogos Ini

2 Jul 2024 • 12:28 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Menteri kesihatan berkata, pelaksanaan kawalan vape dengan lebih ketat dijangka bulan depan

Kaki Vape Bersiap Sedia, Peraturan Lebih Ketat Mungkin Dikuatkuasakan Ogos Ini. Selepas beberapa kali ditangguhkan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad, menyatakan bahawa pelaksanaan peraturan vape yang lebih ketat mungkin berlaku seawal bulan depan pada Ogos.

Menerusi perkongsian Dzulkefly di laman X, beliau mengatakan bahawa kementeriannya sedang berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan kelulusan Peraturan & Perintah 2b daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).

image is not available
Kaki Vape Bersiap Sedia, Peraturan Lebih Ketat Mungkin Dikuatkuasakan Ogos Ini

Di bawah Akta Kawalan Produk Rokok untuk Kesihatan Awam 2024, penggunaan rokok elektronik atau vape akan dikawal selia dengan ketat.

Pada masa ini, menurut laporan, penggunaan vape tertakluk di bawah Akta Makanan dan Peraturan Kawalan Produk Tembakau.

Penguatkuasaan akta tersebut sepatutnya bermula pada bulan Jun tetapi telah ditangguhkan, menunggu kelulusan AGC.

image is not available
Kaki Vape Bersiap Sedia, Peraturan Lebih Ketat Mungkin Dikuatkuasakan Ogos Ini

Dzulkefly turut menyatakan dalam kenyataannya itu bahawa “Insya-Allah” peraturan dan perintah baharu ini akan dikuatkuasakan bersama Akta 852 pada Ogos tahun ini.

Baca juga artikel yang berkaitan: