Kakistokrasi, pentadbiran berkecamuk bakal bawa kemenangan kepada PN: Hadi

Politics
29 Jul 2023 • 12:15 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

image is not available

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yakin Perikatan Nasional (PN) akan mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, apatah lagi dalam keadaan yang disifatkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai kakistokrasi.

Beliau berkata, kemenangan itu ditambah lagi dengan perkembangan terkini pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini.

"Ditambah lagi dengan perkembangan mutakhir sekarang di mana pentadbiran sangat bercelaru, banyak penyelesaian yang tidak dapat dilakukan dan janji yang tidak ditunaikan,'' katanya ketika ditemui media selepas mengiringi Datuk Dr Halim Tamuri di pusat penamaan DUN Paya Jaras.

Selain itu, gelombang pengundi muda juga yang mendukung parti berkenaan pada Pilihan Raya Umum (PRU-15) lalu akan bersama parti berkenaan.

''Saya minta penyokong dalam PRU lalu terus memberikan sokongan,'' katanya.

Ditanya mengenai persiapan pada PRN ini, Hadi berkata pihaknya telah membuat persiapan sejak awal dan tiada masalah mengenainya, hanya untuk menggerakkan jentera sahaja.

Tambahnya pada PRN ini, PAS akan bertanding di 126 kerusi, Bersatu (83 kerusi) dan Gerakan (36 kerusi) - 29 Julai, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved