Kakitangan AADK maut nahas dua kenderaan

LocalCars
3 Jul 2026 • 8:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kakitangan AADK maut nahas dua kenderaan
Keadaan sebuah Toyota Alphard (hadapan) dan Perodua Alza yang rosak teruk selepas terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 18, Jalan Temerloh-Bahau, Bera pada Jumaat. Gambar kecil mangsa: Mohamed Sharif

BERA – Seorang kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) maut selepas kereta dipandunya dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard di Kilometer 18, Jalan Temerloh-Bahau di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa, Mohamed Sharif Mohamed Ali, 37, yang beralamat di Taman Sri Belenggu, Temerloh disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, siasatan awal mendapati mangsa memandu Perodua Alza dari arah Triang menghala ke Temerloh, manakala Toyota Alphard pula dari arah Kuala Lumpur menghala ke Triang.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu Toyota Alphard yang berusia 29 tahun dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

"Kenderaan terbabit kemudian merempuh bahagian hadapan Perodua Alza sehingga menyebabkan kereta mangsa terbabas ke bahu jalan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, akibat pelanggaran itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu Toyota Alphard dan penumpangnya mengalami kecederaan pada bahagian kaki.

Jelasnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bera untuk proses bedah siasat.

Zulkiflee menambah, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu Toyota Alphard yang gagal mengawal kenderaan dipandunya.

"Pemandu Toyota Alphard itu kemudiannya ditahan selepas hasil saringan awal air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis benzodiazepine (Erimin 5).

"Kes kini disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved