Pemandu maut tersepit nahas dua MPV

LocalCars
3 Jul 2026 • 3:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pemandu maut tersepit nahas dua MPV
Keadaan Toyota Alphard yang remuk di bahagian hadapan selepas terlibat dalam kemalangan dengan Perodua Alza di Jalan Temerloh-Bera pada Jumaat. - Foto: JBPM Pahang
Image from: Pemandu maut tersepit nahas dua MPV
Keadaan Perodua Alza yang dipandu mangsa selepas terlibat kemalangan.di Jalan Temerloh-Bera pada Jumaat. - Foto: JBPM Pahang

KUANTAN – Seorang lelaki maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Temerloh-Bera berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tawar, Bera pada Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, kemalangan yang dilaporkan pada jam 9.59 pagi itu melibatkan MPV jenis Perodua Alza dan Toyota Alphard.

Menurutnya, pemandu Perodua Alza, seorang lelaki berusia 37 tahun, maut di lokasi kejadian manakala pemandu Toyota Alphard berusia 29 tahun dilaporkan cedera ringan.

**media[3570268]**

"Mangsa yang maut tersepit dalam kenderaannya manakala pemandu Alphard telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum bomba tiba.

"Sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Triang ke lokasi selepas panggilan diterima bagi bantuan menyelamat," katanya.

Mohd Salahuddin berkata, mayat mangsa yang tersepit dalam kenderaannya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat dan pengusung.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang cedera ringan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved