Kakitangan Awam Indonesia Boleh Pilih Untuk Kerja 4 Hari Seminggu

Entertainment
2 Feb 2025 • 11:19 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Berikutan kejayaan projek perintis pada Jun tahun lalu, Kementerian Badan Usaha Milik Negara Republik Indonesia melancarkan inisiatif bekerja empat hari seminggu kepada kakitangan kerajaan yang berminat.

Memetik laporan Berita Harian, inisiatif itu dikenali sebagai Jadual Kerja Mampat dan adalah program sukarela bagi membolehkan kakitangan kerajaan terpilih bekerja hanya empat hari dalam seminggu.

image is not available

Semasa program perintis itu dilaksanakan pada Jun 2024, pekerja yang mengambil bahagian mampu bertugas 40 jam seminggu sebanyak dua kali dalam tempoh sebulan. Timbalan Menteri Pengurusan Sumber Manusia, Teknologi dan Maklumat, Tedi Bharata menerangkan mengenai inisiatif ini untuk keterangan umum

Jika seseorang bekerja selama 40 jam dalam seminggu, mereka boleh memilih untuk bekerja empat hari pada minggu sama. Bagaimanapun, jika syarat bekerja selama 40 jam gagal dipenuhi, pekerja terpaksa bekerja lima hari seminggu.

Ketika ini, hanya pekerja Kementerian Badan Usaha Milik Negara yang dibenarkan bekerja selama empat hari seminggu.

Inisiatif minggu kerja empat hari masih dalam proses penilaian keberkesanannya sebelum ia berpotensi diperluaskan kepada syarikat di bawah bidang kuasa Kementerian Badan Usaha Milik Negara.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.