Kakitangan Mardi Kemaman maut disengat lebah

25 Oct 2026 • 4:47 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kakitangan Mardi Kemaman maut disengat lebah

KEMAMAN – Seorang kakitangan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) maut selepas disengat lebah dalam kejadian di Stesen Mardi Kemaman, Jalan Air Putih, di sini semalam.

Mangsa, Hafizul Mat Nor, 40, disengat serangga itu ketika mahu mengambil madu dari sarang yang terdapat di atas sebatang pokok pada pukul 9.50 pagi.

Hafizul menghembuskan nafas terakhirnya ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan, Hospital Kemaman, di sini kira-kira sembilan jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Razi Rosli berkata, sewaktu kejadian, mangsa dikatakan memanjat sebatang pokok setinggi tiga meter untuk mengambil madu.

“Sewaktu memanjat pokok, dia tiba-tiba diserang sekumpulan lebah. Mangsa yang panik segera turun sambil menyuruh rakan sekerja berusia 44 tahun yang menemaninya menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd. Razi berkata, Hafizul dan rakannya terjun ke dalam lopak air bagi mengelak disengat lebah.

Bagaimanapun sebaik keluar dari lopak, mangsa mengadu sakit pada bahagian kaki dan tangan sebelum mengalami kekejangan seterusnya tidak sedarkan diri.

“Mangsa segera dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman dengan ambulans, namun lelaki itu gagal diselamatkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Kakitangan Mardi Kemaman maut disengat lebah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved