Kakitangan Microsoft Di China Diwajibkan Menggunakan iPhone Atas Sebab Sekuriti

TechnologyDigital
9 Jul 2024 • 9:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kakitangan Microsoft di China diwajibkan menggunakan iPhone atas sebab sekuriti bermula September ini. Penggunaan peranti Android adalah diharamkan sama sekali dan kakitangan yang menggunakannya sekarang akan diberikan dana untuk membeli iPhone 15 oleh Microsoft.

Pengharaman penggunaan peranti Android turut berkuat kuasa ke atas kakitangan yang bekerja di Hong Kong. Tindakan drastik ini diambil atas sebab keselamatan selepas syarikat terlibat dengan beberapa kerentanan sekuriti yang serius menyebabkan data digodam dan pelanggan menjadi mangsa serangan siber.

image is not available

Di China, GMS tidak boleh digunakan menyebabkan beberapa ciri sekuriti yang digunakan seperti Microsoft Authenticator tidak boleh dipasang pada peranti kakitangan.Dengan penggunaan iPhone sepenuhnya, Microsoft akan menyeragamkan sistem mengesahkan identiti kakitangan dengan Microsoft Authenticator perlu digunakan sepanjang masa.

Ironi di sini ialah Microsoft pernah menawarkan telefon pintar Android sebelum menarik diri daripada pasaran. Semasa iPhone dilancarkan pada tahun 2007, CEO Microsoft pada ketika itu Steve Balmer mentertawakan Apple kerana menjual telefon pintar yang dikatakan terlalu mahal. Sekiranya Microsoft sendiri mewajibkan penggunaan iPhone, Apple boleh berbangga kerana ia mengesahkan status telefon pintar mereka sebagai yang paling boleh dipercayai tahap keselamatannya.