Kalah 4-0 Dengan New Zealand, Coach Harimau Malaya Mohon Maaf

Entertainment
14 Oct 2024 • 9:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perlawanan persahabatan Tier 1 Harimau Malaya dengan New Zealand petang tadi di Stadium North Harbour, Auckland mendapat perhatian peminat bola sepak negara apabila Malaysia tewas 0-4 dengan negara kiwi tersebut.

Susulan itu, pengendali skuad negara, Pau Marti Vicente memohon maaf kerana gagal memberikan keputusan positif ketika berdepan dengan pasukan ranking ke-95 dunia itu yang jauh lebih berkualiti.

image is not available

Saya ingin memohon maaf kepada penyokong kerana mereka mahu melihat kami meraih kemenangan.

“Kami gagal memberikan keputusan yang baik kepada mereka dan dalam masa sama berdepan pasukan yang cukup kuat.

“Sejak saya berada di sini (bersama Harimau Malaya), ini adalah antara pasukan terkuat pernah skuad negara hadapi. Ia menjadi pengalaman berguna kepada pemain,” katanya.

Dalam perlawanan itu, New Zealand ternyata bukan tandingan apabila skuad negara ‘dibelasah’ menerusi jaringan gol Elijah Just pada minit ke-53, Matthew Garbett (m-61), Chris Wood (m-72) dan Logan Rogerson (m-90).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harimau Malaya (@harimaumalaya)

Pau berkata, dia tidak mahu menyalahkan para pemainnya selepas kekalahan tersebut selain percaya ada elemen positif yang ditunjukkan sepanjang 90 minit perlawanan.

Pada separuh masa pertama kami berdepan tekanan yang tinggi, tetapi kami bertahan dan separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan.

“Separuh masa kedua kami bolos gol ketika fasa transisi dan bertahan. Saya tidak boleh menyalahkan pemain kerana mereka telah cuba melakukan yang terbaik,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.