“Kalah Model” – Lisa BP Tampil Seksi Dengan Lingerie Di Pertunjukan Fesyen Victoria Secret

WorldEntertainment
16 Oct 2024 • 2:24 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Semakin gah Lisa sekarang ini selepas aktif sebagai artis solo!

Terbaru, ahli BLACKPINK itu telah membuat persembahan buat julung kalinya di Pertunjukan Fesyen Victoria Secret 2024 yang berlangsung di Brooklyn, New York.

Membuka persembahan, Lisa muncul dengan menunggang motosikal untuk memukau penonton dengan persembahan “Rockstar,” lagu solonya yang dikeluarkan pada Jun tahun ini. Kemudian, dia juga mengagumkan dengan persembahan single terbarunya, “Moonlit Floor.”

Malah penampilan wanita itu dengan berpakaian seperti ‘angel’ dengan kepak berwarna hitam serta pakaian dengan warna yang sama sekaligus menaikkan lagi imej seksinya.

Cantik kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.