‘Kalau 4, 5 tahun jangan bawa daki gunung’

SportsFamily & Parenting
12 Sep 2026 • 10:43 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Kalau 4, 5 tahun jangan bawa daki gunung’

PETALING JAYA – Ibu bapa yang mahu membawa anak kecil menyertai aktiviti mendaki gunung perlu menilai tahap kecergasan dan kemampuan fizikal kanak-kanak tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, aktiviti mendaki bersama kanak-kanak tidak perlu dihalang, sebaliknya faktor usia dan tahap kesihatan perlu diberikan perhatian serius.

“Bergantung kepada keadaan. Kalau bawa (anak) yang usia empat atau lima tahun, janganlah. Tetapi kalau anak itu cergas dan kita tahu keupayaannya, tiada masalah. Saya rasa ia bukan sesuatu yang perlu dihalang,” katanya ketika ditemui.

Beliau mengulas mengenai insiden enam pendaki termasuk dua kanak-kanak yang dilapor­kan hilang ketika mendaki Gunung Gerah, Gua Musang, Kelantan baru-baru ini.

Menurut beliau, setiap pendaki tanpa mengira usia perlu mengetahui kemampuan diri sendiri sebelum melakukan pendakian, lebih-lebih lagi laluan yang mencabar.

Image from: ‘Kalau 4, 5 tahun jangan bawa daki gunung’
NOR HISHAM

“Apabila mendaki, kita perlu tahu keupayaan diri. Dalam kes ini, apabila mereka pergi ‘trans’, ia memang sangat mencabar, tetapi yang paling kuat adalah mental. Kalau mental tidak kuat, memang susah mendaki gunung,” katanya.

Dalam kes itu, beliau berpandangan ibu bapa kanak-kanak tersebut membuat penilaian sewajarnya kerana mereka bukan pendaki baharu, malah kerap melakukan aktiviti tersebut.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan enam individu termasuk dua kanak-kanak yang terputus hubungan ketika mendaki Gunung Gerah pada 29 Ogos lalu ditemui selamat pada 7 September lepas.

Kumpulan itu sepatutnya keluar pada 3 September, namun gagal dihubungi sebelum operasi mencari dan menyelamat dige­rakkan. Kesemua mangsa ditemui di Kem Sungai Salu tanpa sebarang kecederaan.

The post ‘Kalau 4, 5 tahun jangan bawa daki gunung’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved