“Kalau accident macam mana?” – Individu Tabur Paku Atas Jalan Buat Netizen Bengang

Entertainment
31 Mar 2023 • 4:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Banyak cara untuk mencari rezeki dengan halal, namun ada sesetengah pihak yang lebih suka mencari jalan singkat dan tidak betul.

Sebuah video tular di laman Twitter yang memaparkan keadaan sebuah jalan yang dipenuhi dengan paku, menurut tweet perkongsian @IniAlalalannn insiden itu dipercayai berlaku di lebuh raya Ipoh-Lumut.

Individu yang melakukan perkara ini biasanya ingin mengaut untung daripada mangsa-mangsa yang mengalami kerosakan pada tayar dengan menunggu di kawasan sekitar sehingga kereta atau motosikal berhenti.

Perkara ini amat merisaukan, terutamanya kepada penunggang motosikal kerana ia boleh menyebabkan kemalangan yang sangat teruk.

“Bahaya sangat tu!”

Perkongsian tersebut membuatkan ramai netizen yang bengang kerana bukan sahaja mereka akan mengalami kerugian jika terkena malah mereka juga terdedah kepada kemalangan yang sangat buruk.

image is not available

Selain itu, menjengah ke ruangan replies ramai yang turut tag pihak berkuasa iaitu Polis Diraja Malaysa (PDRM) bagi memberi amaran berkenaan perkara ini.

Janganlah aniaya orang macam ni, tak halal rezeki…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.