“Kalau Ada Terpegang Pun, Bukan Haram” – Didakwa Jalinkan Hubungan Sejenis Dengan ‘Zack’, Ini Jawab Enot

LocalEntertainment
1 Jul 2025 • 11:46 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, nama pelakon dan pelawak, Enot kembali menjadi perhatian ramai selepas tular dakwaan mengatakan dirinya menjalinkan hubungan sejenis dengan wanita bernama Zack.

Tampil perjelaskan dakwaan jalinkan hubungan sejenis

Tampil perjelaskan hal tersebut, Enot berkata dirinya sudah lali dengan segala kecaman dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

Bila saya kurus orang cakap saya buat pembedahan bariatrik. Sedangnya saya jaga pemakanan saya. Kemudian, mereka fitnah pula saya ‘berkahwin’ dengan teman saya iaitu Zack. Itu paling kurang ajar.

image is not available

Tegasnya, dia masih tahu hukum agama yang mengharamkan hubungan sejenis dan memaklumkan sudah mengenali Zack sejak 30 tahun yang lalu.

 

Dalam pada itu, Enot berkata jika benar dakwaan mengatakan dirinya menjalinkan hubungan sejenis, dia tidak akan berkahwin sebanyak dua kali sebelum ini.

‘Kalau terpegang pun, bukan haram..’

Saya buat konten dengan Zack sekadar suka-suka. Kalau ada terpegang pun, kami sama-sama perempuan. Bukan haram pun. Kau nak tengok aku pegang, berpeluk dengan jantan ke? Itu lagi haram.

image is not available

Kata Enot lagi, dia berharap agar masyarakat tidak ‘menghentam’ Zack kerana percaya manusia akan berubah satu masa nanti, tidak kira cepat atau lambat.

Allah pandang pada pengakhiran seseorang itu bukan pada awalnya. Yang mengata lebih-lebih silap hari bulan aku ke syurga anda yang ke neraka.

image is not available 2 weeks ago

"Anak-Anak Dia Panggil Saya Mommy.." - Enot Dituduh Kahwini P*ngkid, Wanita Bernama Zack Tampil Beri Respon