“Try Hard Nak Nampak Kau Baik, Polis Cari Kau Kat Malaysia Ni!” – Individu Dakwa Kim Seri Bagi Tiket ‘Flight’ Palsu?

LocalEntertainment
1 Jul 2025 • 3:33 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, personaliti media sosial sensasi iaitu Kim Seri meluahkan rasa kesal terhadap satu konten di YouTube yang mendakwa dirinya merupakan seorang scammer tetapi hidup mewah di Korea Selatan.

Nafi diri bukan seorang scammer

Tidak mendiamkan diri, Kim Seri tampil pertahankan diri dengan menafikan dirinya bukan seorang scammer dan sudah memberikan servis yang terbaik buat pelanggannya.

image is not available

Kalau scammer awak sampai je kat airport tak ada siapa ambil. Ni sampai hari last masih ada tour guide & transport. Dia punya tersakiti macam tak ada apa pun kat Korea ni yang dapat.

Tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh personaliti media sosial itu, seorang individu tampil bersuara di platform Threads dengan mendedahkan perbuatan Kim Seri.

Kim Seri bagi tiket penerbangan palsu kepada pelanggan?

Dalam hantaran tersebut, individu berkenaan mendakwa Kim Seri telah memberi tiket penerbangan palsu kepada pelanggan.

image is not available

 

Try hard nak nampak kau baik sampai lupa mention pasal tiket palsu.. selitkan juga sikit pasal TIKET PALSU tu. Dia tersakiti pun sebab kau TIPU dan TAK AMANAH.

Tambahannya lagi, kini pihak polis Malaysia sedang cuba untuk mencari Kim Seri susulan banyak penipuan melibatkan wang orang ramai dilakukan olehnya.

Sekadar info, nama Kim Seri mula menjadi perhatian selepas ramai pelanggan mendakwa telah tertipu dengan pakej percutian yang dibuat olehnya.

image is not available 5 days ago

Dahulukan 'Refund' ‘Kaki Kipas’? Kim Seri Mengamuk Diserang Netizen – "Teruskan Panggil Saya Penipu!"