Kematian lelaki di Appolo Atrium tiada unsur jenayah

22 Apr 2024 • 1:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Marutin Ansiung

KENINGAU: Tiada unsur jenayah berkaitan lelaki berusia 30 tahun yang ditemui mati dalam bilik berkunci di bangunan Appolo Atrium, di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Keningau Supritendan Yampil Anak Garai berkata, polis ada menerima makluman dan setelah siasatan dilakukan, tiada unsur jenayah yang berlaku.

Katanya, si mati adalah anak kepada anggota perkhidmatan awam di daerah ini dan dikatakan memang menghidap darah tinggi dan semput.

“Polis tidak membuka sebarang kertas siasatan berhubung kejadian ini,” kata Yampil ketika diminta mengulas kejadian itu.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Pada pagi Jumaat, mayat seorang lelaki berusia 30 tahun ditemui dalam bilik berkunci di bangunan Appolo Atrium di sini.

Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Keningau menerima panggilan pada jam 8.31 pagi hari yang sama bergegas di lokasi kejadian bersama jentera.

Apabila tiba, mereka mendapati pintu bilik itu berkunci dan berjaya membuka tombolnya menggunakan peralatan khas.

Mangsa seorang warga tempatan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kemudian disahkan meninggal dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.