'Kalau asyik nak bubar kerajaan, bila nak buat pindaan undang-undang?'

Politics
18 Sep 2023 • 11:21 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Azalina - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kerajaan kini sedang berusaha melakukan beberapa pindaan undang-undang termasuk melibatkan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pindaan undang-undang boleh dilakukan namun mekanismenya itu selalunya mengambil masa lebih lama.

Menurutnya, jika boleh, kerajaan mahu melaksanakan pindaan undang-undang secara serentak supaya setiap pindaan itu dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap soalan daripada Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH - Kuala Selangor) yang bertanya bilakah pindaan tersebut dapat dilaksanakan.

Dzulkefly: “Saya yakin dengan komitmen menteri dan jangan dibuat lagi runcit-runcit. Kita buat sekali gus.”

“Tapi Yang Berhormat, kalau selalunya nak bubar kerajaan, macam mana kami nak buat pindaan?”, celah Azalina.

“Tanya kawan-kawan sebelah sana, menteri...kawan-kawan kita sebelah sana. Kena ada kestabilan politik,” balas Dr Dzulkefly.

“Kalau setiap kali buat gerakan nak tukar kerajaan, susahlah begitu,” selar Azalina lagi. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved