Kalau berani keluar sahaja, kerajaan Melaka tetap berjalan tanpa DAP, Amanah – Akmal Saleh

LocalPolitics
4 Jan 2026 • 3:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan Negeri Melaka akan terus berfungsi dengan baik meskipun tiada wakil daripada DAP mahupun Parti Amanah Negara (Amanah) dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau yang juga Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh, berkata DAP dan Amanah Melaka tidak perlu menunggu Ketua Menteri untuk membawa perkara itu ke dalam mesyuarat Exco sekiranya benar-benar mahu menarik diri daripada pentadbiran kerajaan negeri.

Kerajaan Melaka tetap berjalan tanpa DAP, Amanah

image is not available

Sebaliknya, beliau menegaskan ADUN daripada Democratic Action Party dan Parti Amanah Negara boleh mengumumkan keputusan keluar secara terbuka tanpa perlu menunggu sebarang mesyuarat rasmi kerajaan negeri.

“Kepada Amanah dan DAP Melaka, kenapa nak perlu tunggu Ketua Menteri bawa dalam mesyuarat Exco, kalau kamu rasa berani nak keluar, keluar sahaja tak perlu tunggu mesyuarat exco kerajaan negeri pun,” katanya menerusi hantaran di laman sosial Facebook hari ini.

image is not available

Terdahulu, Ketua Amanah Melaka mencabar Akmal Saleh supaya membuktikan kesungguhannya untuk menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan dengan memulakan langkah tersebut di peringkat negeri Melaka.

Dalam perkembangan sama, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah dari DAP turut menyatakan kesediaannya untuk meletakkan jawatan sekiranya Kerajaan Perpaduan Negeri Melaka dibubarkan.

Sementara itu, Akmal Saleh menjelaskan bahawa konvensyen khas Pemuda UMNO yang berlangsung semalam meminta kepimpinan parti tersebut menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan dan memilih untuk menjadi pembangkang yang bermaruah.

image is not available

Bagaimanapun, katanya, Pemuda UMNO tidak meminta Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, untuk membawa perkara itu ke dalam mesyuarat Kabinet.

“Sebab kita sedar sama ada kekal atau keluar itu adalah keputusan parti bukan keputusan kerajaan dan keputusan parti adalah keputusan yang dibuat oleh parti sendiri,” katanya.

Sumber: FB Akmal Saleh