“Kalau Berani Masuklah!” – Sering Bagi Komen ‘Pedas, Netizen Cabar Mas Idayu Masuk GV

Music
25 Jan 2023 • 11:19 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Oleh kerana tidak berpuas hati dengan cara penyanyi dangdut, Mas Idayu memberi komen ‘pedas’ terhadap penyanyi duo, Sissy Iman dan Naim Daniel dalam program Famili Duo, netizen mendesaknya untuk memasuki program Gegar Vaganza musim baru.

Perkara tersebut disuarakan oleh netizen kerana ramai yang mahu melihat sehebat mana nyanyian Mas Idayu kerana sebelum ini banyak saja dia memberi komen ‘hentaman’ dalam program TV.

Perkongsiaan yang dilakukan dalam platform Twitter itu telah mendapat sambutan netizen dan rata-rata turut bersetuju dengan cadangan individu yang membuat ciapan tersebut.

Bahkan, mereka juga tidak sabar untuk melihat penyanyi dangdut berkenaan dikritik para juri jika memasuki program nyanyian tersebut.

image is not available

image is not available

Dalam pada masa yang sama, ada juga netizen yang sempat berseloroh membayangkan situasi jika penyanyi berumur 51 tahun itu benar-benar menjadi peserta Gegar Vaganza.

Sebelum ini, Mas Idayu memberi komen ‘pedas’ terhadap persembahan nyanyian duo, Sissy Iman dan Naim Daniel, dimana dia merasakan nyanyian mereka terlalu kasar ketika membawa lagu Jampi versi keroncong.

image is not available 23 jam lalu

"Tiada Emak, Cikgu Akan Marah Tanpa Sebab" - Mas Idayu Tegur Sebab Sayang Bakat Sissy Iman & Naim Daniel