Kalau berpuasa sebab tak mahu ganti puasa, betulkan niat itu. Ini bahana yang mungkin menimpa

Family & Parenting
17 Apr 2023 • 3:00 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

Kalau berpuasa sebab tak mahu ganti puasa, betulkan niat itu. Ini bahana yang mungkin menimpa

KEBANYAKAN wanita hamil yang sihat, tiada masalah untuk berpuasa asalkan memenuhi syarat-syarat tertentu.

Antaranya sihat tubuh badan dan tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi, kencing manis tidak terkawal (GDM), masalah gastrik, anemia, kadar pembesaran bayi yang terbantut dan lain–lain.

image is not available
SUMBER Leah Kelley daripada PEXELS.

Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Gleneagles Hospital Kuala Lumpur, Dr Adzlina Jaaffar, jika golongan itu tidak memenuhi syarat-syarat yang digariskan, terdapat beberapa risiko boleh dihadapi. Antaranya:

Keletihan melampau.

Tekanan darah tidak akan terkawal jika ibu hamil tidak mengambil ubat mengikut masa yang ditetapkan.

Ibu berisiko mendapat sawan, strok, pendarahan uri, kelahiran pramatang dan kemungkinan bayi boleh meninggal dunia di dalam kandungan.

Paras gula tidak stabil boleh mengakibatkan si ibu yang mempunyai GDM mengalami hypoglycaemia. Lazimnya, mereka yang mendapat hypoglycaemia boleh pengsan.

image is not available
SUMBER Rene Asmussen daripada PEXELS.

Paras gula yang tidak stabil juga boleh menjejaskan tumbesaran bayi dan boleh terdedah kepada risiko kematian di dalam kandungan.

“Bayi yang sememangnya mempunyai masalah tumbesaran di dalam kandungan juga tidak akan mendapat zat yang secukupnya apabila si ibu berpuasa.

“Satu lagi, jika ibu mengandung tidak bersahur, maka tempoh mereka tidak mendapat zat-zat tambahan di dalam badan akan lebih panjang,” jelasnya.

Sebagai contoh, jika mereka makan pada pukul 7.30 hingga 8 malam, tempoh berpuasa sekitar 21 hingga 22 jam.

image is not available
SUMBER Flo Dahm daripada PEXELS.

Dalam durasi berkenaan, para ibu akan mengalami kepenatan melampau, punya kebarangkalian untuk pengsan, sakit perut ataupun mendapat kontraksi pramatang.

Bayi di dalam kandungan juga akan lebih cenderung untuk tidak aktif lantaran tidak mendapat nutrien yang cukup, kata pakar tersebut.

Dr Adzlina menambah, jika badan kekurangan cecair, si ibu akan cepat letih, pening, darah dalam badan akan lebih likat dan mengakibatkan terbentuknya darah beku di dalam salur salur darah.

“Potensi untuk virus menular turut tinggi, selain mudah dijangkiti kuman dalam air kencing. Adakalanya, kontraksi rahim akan berlaku dengan lebih kerap,“ katanya.

Diet

Mengulas lanjut, Dr Adzlina berkata, di samping bersahur seperti disarankan, ibu hamil harus kekal aktif.

image is not available
SUMBER Jessica Monte daripada PEXELS.

Perbezaanya adalah berkemungkinan besar mereka akan lebih letih berbanding hari-hari biasa.

Pada masa sama, golongan itu dinasihatkan untuk peka dengan keadaan diri sendiri sepanjang berpuasa.

“Berehat bila penat. Tidak membebankan diri dengan menyediakan juadah sahur atau berbuka yang terlalu susah menunya dan mengambil masa lama.

“Mereka juga tak disarankan membuat persiapan hari raya yang rumit. Pastikan tidur mencukupi, lebih baik sebelum pukul 10 malam,” katanya.

Bagaimana pula dengan ibadah seperti solat tarawih? Kata beliau, lakukannya mengikut kemampuan diri. Misalnya, melaksanakan solat secara beransur–ansur, bukan serentak.

image is not available
SUMBER Mart Production daripada PEXELS.

“Memenuhi waktu lapang dengan berzikir dan membaca al-Quran. Ia juga antara solusi menenangkan diri,” ujarnya.

Selain itu, amalan diet seimbang amatlah digalakkan. Berikut saranan pecahan makanan yang disyorkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia:

1) 1/4 karbohidrat seperti nasi, roti, pasta dan mi.
2) 1/4 protein seperti ikan, ayam dan daging.
3) 1/2 serat seperti sayur-sayuran, ulam dan buah–buahan.

Ujar Dr Adzlina, kaedah penyediaan makanan juga penting.
Elakkan sentiasa mengambil sajian yang digoreng, air dicampur banyak gula tambahan atau menu yang disediakan terlalu lama.

Ya, buah kurma merupakan makanan yang disunatkan untuk diambil pada bulan Ramadan. Namun demikian, hindarkan daripada makan dalam kuantiti yang berlebihan.

image is not available
SUMBER Lisa Fotios daripada PEXELS.

“Sebiji atau tiga biji kurma sudah memadai. Elakkan minum dalam bentuk jus kerana selalunya ia memerlukan lebih daripada tiga biji untuk menghasilkan jus berkenaan, melainkan minuman itu dibuat sendiri,” katanya.

Secara kesimpulannya, ramai wanita hamil sihat boleh dan berjaya berpuasa pada bulan Ramadan.

“Niat untuk berpuasa itu adalah penting kerana setiap amalan bermula daripada niat.

“Berpuasa pada bulan Ramadan juga antara pendekatan untuk melatih diri menjadi hamba yang bertakwa. Jika wanita hamil mahu berpuasa kerana semata–mata tidak mahu menggantikan puasa yang ditinggalkan pada waktu lain, maka mereka harus memperbetulkan niat mereka,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi