“Kalau Betul UPNM Lahirkan Pembunuh, Mana Mungkin..” – ‘Statement’ Penulis Surat Layang Zulfarhan Tidak Disenangi Netizen

27 Jul 2024 • 5:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui akaun Instagram penulis surat layang kes pembunuhan Allahyarham Zulfarhan iaitu Aiman Aufa telah memuat naik foto kenangan kita menuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Dapat dilihat dalam foto-foto yang dimuat naik, terdapat dalam salah satu foto itu ada wajah arwah Zulfarhan yang gembira bersama rakan universitinya.

Tak setuju pendapat UPNM lahirkan pembunuh

Dalam kapsyen foto tersebut, Aiman meluahkan rasa penghargaan buat UPNM kerana telah banyak mengajarnya dari segi ilmu pengetahun serta kehidupan.

Bahkan, tidak setuju dengan pendapat orang ramai yang menyatakan UPNM melahirkan pembunuh, gara-gara terdapat 6 pelaku bekas pelajar UPNM membunuh Zulfarhan ketika menuntut di universiti itu.

image is not available

Kalau betul UPNM lahirkan pembunuh, mana mungkin senior dan junior boleh lepak sama2 makan semeja. Jujur, sehingga kini saya masih berhubung rapat dan bekerja bersama dengan senior2 saya semasa di UPNM dahulu.

Biarpun dia memuat naik gambar-gambar lama ketika masih menuntut di UPNM adalah tanda solidariti, tetapi netizen yang meninggalkan komen tidak setuju dengan kenyataannya itu.

image is not available

image is not available

Rata-rata netizen merasakan pihak UPNM turut bersalah dalam kes Zulfarhan kerana seakan-akan tidak mempedulikan arwah sewaktu dalam kesakitan serta lambat mengambil tindakan hingga menyebabkan kematian pelajar itu.

image is not available 4 days ago

"Lepas Saya Letak Tu, Saya Tak Tengok Dah" - Pengirim Surat Layang Kes Bun*h Zulfarhan