“Kalau Bodoh Tengok Maps, Jangan Jadi Rider” – Tuan Rumah Mohon Maaf, Serik Kena Kecam Dengan Netizen

13 Apr 2023 • 1:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Gara-gara menulis perkataan biadab di atas bungkusan parcel, seorang wanita dikecam hebat oleh netizen setelah perkara itu menjadi tular di media sosial, baru-baru ini.

Dalam hantaran yang tular itu, wanita berkenaan selaku tuan rumah telah menulis nota berbunyi “kalau bodoh tengok maps, jangan jadi rider” kepada penghantar barangan.

Berikutan itu, netizen di media sosial tampil mengecam tindakan wanita terbabit malah ada yang mencari kawasan rumah sebenar di dalam aplikasi peta dalam talian dan menyebarkan di media sosial.

image is not available

Sumber : Facebook  

Malah, ada yang mengubah lokasi rumah wanita itu di Google Maps dengan nama yang bukan-bukan.

Difahamkan wanita itu kemudiannya tampil memohon maaf di atas keterlanjuran bahasa seperti yang diuar-uarkan oleh seorang individu ini di Facebook.

Maklum individu bernama Shahruddin Helmy itu, wanita berkenaan merupakan kenalannya di Facebook dan dia telah meminta pertolongan Helmy untuk menghebahkan permohonan maafnya di media sosial.

Kata wanita itu, dia betul-betul menyesal dan mengakui kesilapannya terhadap abang-abang ‘rider’ kerana menulis perkataan kurang sopan.

Dia menjelaskan bahawa dirinya berada dalam keadaan emosi gara-gara pernah tidak menerima barang akibat kecuaian ‘rider’ sebelum ini.

image is not available 22 jam lalu

"Tradisi Orang Dulu Kena Hormat" - Nasi Impit Kuah Lodeh Disangka Lontong, Individu 'Tegur' Khairul Aming