“She Used To Be My Best Friend..” – Pernah ‘Mencari’ Munirah Di Instagram, Netizen Menantikan Respon Shila Amzah

Entertainment
4 Apr 2023 • 3:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular beberapa hari kebelakangan ini mengenai berita perkahwinan kedua penyanyi veteran Dato’ ND Lala bersama seorang wanita muda setelah ia dihebahkan sendiri oleh isteri pertama, Fauziah Sarman di laman Instagram miliknya.

Berita itu ternyata telah membuatkan ramai peminat terkejut setelah bertebaran spekulasi mengenai kisah perkahwinan kedua ND Lala bersama wanita itu.

image is not available

Sumber : Instagram  

Pendedahan Fauziah sekaligus mengesahkan spekulasi itu dan kini netizen seolah-olah tertumpu kepada anak mereka iaitu penyanyi Shila Amzah bagi memberikan kenyataan dan respon.

Sebelum ini, Shila pernah memuat naik hantaran mengenai pencariannya terhadap seorang wanita bernama Siti Munirah di Instagram Story.

Ketika itu, masih belum diketahui sebab apa Shila mencari Siti Munirah dan rupa-rupanya, ia adalah wanita yang sama dan kini menjadi ibu tirinya.

image is not available

Sumber : Instagram  

Difahamkan, Siti Munirah adalah rakan baik Shila Amzah ketika mereka berdua bersekolah di Sekolah Menengah Setapak Indah dan sering datang berkunjung ke rumah mereka jika ada majlis kekeluargaan.

Sehingga kini, Shila masih tidak memberikan sebarang kenyataan dan pengurus peribadi penyanyi itu memaklumkan bahawa dia perlu lebih masa dan privasi bagi menghadapi situasi sukar itu.

image is not available 3 hari lalu

Isu 'Penyondol' Dalam Rumah Tangga Ibu Bapa, Ini Respon Shila Amzah - "Sebagai Anak Sulung, Dia..."