“Kalau Boleh Kita Jangan Pertikai Rezeki…” - Siti Khadijah Anggap Zarra Zhaf & Aghniny Haque Layak Dapat Anugerah

24 Nov 2026 • 1:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

“Kalau Boleh Kita Jangan Pertikai Rezeki…” - Siti Khadijah Anggap Zarra Zhaf & Aghniny Haque Layak Dapat Anugerah

Kemenangan pelakon remaja Zarra Zhaf dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan penerima Anugerah Khas Juri iaitu aktres Indonesia, Aghniny Haque di Festival Filem Malaysia 35 (FFM35) dipersoalkan segelintir pihak.  Sebagai rakan seperjuangan dalam filem Khadam, pelakon Siti Khadijah Halim beranggapan Zarra dan Aghniny sememangnya layak untuk menerima anugerah tersebut disebabkan bakat lakonan mereka.  "Saya tahu perkara ini sensitif sebab kita mengiktiraf Aghniny. Dan saya rasa Aghniny juga wajar mendapatkan anugerah itu kerana bakat dia. Kita tolak tepi warganegara dia tapi bakatnya memang tak dinafikan sangat bagus dalam Khadam. “Dan untuk Zara juga, saya rasa mungkin tahun ini berbeza sedikit tentang umur, had umur. Dan Zara memang tak dinafikan juga seorang pelakon yang sangat bagus. Saya bekerja dengan dia, dia tidak seperti kanak-kanak sebaya dia.  “Dia seperti sebaya saya. Kematangan dia dalam lakonan, cara dia lafazkan dialog, dan cara dia berborak biasa dengan orang dewasa kan. Jadi Zara untuk ada dalam kategori itu dan menang itu, saya sendiri bangga,” katanya kepada Gempak.  Siti Khadijah berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis pelancaran UTV Nusantara dan lagu Janji Untuk Setia di Waldorf Astoria Kuala Lumpur pada Isnin.  Dalam pada itu, Siti Khadijah juga memberitahu tidak perlu untuk mempertikaikan rezeki yang sudah tertulis untuk mereka berdua.  "Saya cuma nak cakap satu je, kita makan nasi pun boleh jatuh daripada mulut kita. Jadi rezeki tu akan datang pada tepat masanya. Kalau itu rezeki Zara dah tertulis, tu rezeki dia.  “Kalau rezeki orang tu lain kali, lain kalilah. Jadi kita kalau boleh kita jangan pertikaikan tentang rezekilah sebab yang datang baik yang buruk daripada yang esa, Allah,” ujarnya.  Untuk info, filem Khadam lakonan Aghniny, Zarra dan Siti Khadijah itu juga dinobatkan sebagai Filem Terbaik FFM35. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved