“Kalau Budaya ‘Keteyki’ Cepat Saja Ikut, Tapi Kalau Ustaz Kata Sebut Alhamdulillah, Kata Ini Ada Tauliah Tak?” - PU Riz

20 Oct 2024 • 3:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Boleh dikatakan ramai orang mengikuti trend video ‘Thank you keteyki’ yang merupakan trendmark pempengaruh media sosial dari Thailand iaitu Aon Samrutai.

Trend mudah diikuti

Usahawan dan penceramah bebas PU Riz atau Haris Ismail bagaimanapun berpendapat trend tersebut mudah menjadi ikutan berbeza dengan saranan ustaz yang menyarankan menyebut ‘Alhamdulillah’ untuk mengelak penyakit ain.

 

“Kalau budaya keteky cepat saja ikut, tapi kalau ustaz-ustaz kata sebutlah Alhamdulillah, untuk elak ain dia kata ini ada tauliah tak? Awak sempurna sangat ke?” kongsi PU Riz di Instagram miliknya.

 

Dalam pada itu, suami kepada usahawan dan selebriti terkenal Neelofa ini turut berasakan tidak semestinya perlu menunggu seorang yang sempurna untuk memberi teguran.

 

 

“Kadang-kala tak boleh nak tunggu seorang itu sempurna dulu baru boleh menegur. Betul tak?” katanya lagi.

 

Rata-rata netizen di ruang komen di perkongsian tersebut turut bersetuju dengan pendapat PU Riz.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved