“Kalau Dada Saya Kecil, Korang Tak Kisah Pun Apa Saya Pakai” – Leona Mohon Netizen ‘Block’ Kalau Tak Suka

5 Jun 2023 • 3:05 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Mempunyai lebih 400,000 pengikut di Instagram dan 800,000 pengikut di TikTok, pempengaruh media sosial Kasih Iris Leona sentiasa menjadi tumpuan ramai.

Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman ini sering kali dikecam gara-gara berpakaian seksi menunjukkan bahagian tubuhnya.

Di Twitter, gadis berusia 21 tahun ini memohon orang ramai tak ambil peduli dengan gaya pemakaiannya. Jelasnya dia mempunyai hak terhadap badan sendiri dan ianya tak ada kaitan dengan sesiapa.

Malah, dia juga tak kisah dengan kecaman dan merayu netizen berhenti meninggalkan komen.

image is not available

Gadis ini juga merayu pihak media supaya berhenti menggunakan dirinya sebagai ‘clickbait’. Lebih teruk lagi apabila ada yang menyebarkan berita palsu.

image is not available

Tambah Leona lagi, jika dia mempunyai saiz payudara yang kecil, dia gerenti tiada siapa yang kisah dengan pakaiannya. Ianya menjadi kontroversi disebabkan dia adalah ‘Leona’, ujarnya.

image is not available

Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang ditinggalkan netizen mengenai luahan Leona itu. Ada yang menyokong pendapat Leona dan ada yang berpendapat sebaliknya.

Kredit: Twitter @kasihirisleona

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.