“Kalau Dah Depan Bini Pun Buat Perangai Macam Tu”, Suami Orang Kantoi ‘Usha’ A Aida 

1 Apr 2024 • 3:28 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
A Aida

Penerbit terkenal, Datuk A Aida menyelar sikap lelaki tambah lagi yang berstatus suami orang apabila tak henti pandang perempuan lain dan tidak menjaga hati si isteri disampingnya.

A Aida juga akui berasa malu apabila ada lelaki yang memandangkan ketika dia sedang berjalan dan perkara ini dikatakannya menerusi satu perkongsian di Instagram.

image is not available

Bukan tu jer, ada juga lelaki yang kantoi dengan pasangannya apabila melihat perempuan lain sehingga kena cubit. 

Perkara itu juga menimbulkan persoalan penerbit itu macam mana lelaki-lelaki seperti ini apabila di belakang isteri mereka.

Malulah bila kita berjalan orang asyik pandang-pandang. Ada tu sampai kena cubit dengan isteri.

Pada para suami tu kalau isteri ada dekat sebelah tak payahlah mata tu asyik pandang perempuan lain je.

Jagalah hati bini tu. Kalau dah depan bini pun buat perangai macam tu, kat belakang macam manalah perangai tu ya.

Ingatlah lelaki! Janganlah ‘usha’ wanita lain kalau ada isteri. Tundukkanlah pandangan korang dan setialah pada yang satu.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.